SWEET MEMO


Sweet Pinky

Wednesday, August 5, 2009

Nifsu Syaban

Salam...
Hari Nifsu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nifsu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rakmat.
Malam Nifsu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yassin tiga kali selepas sembahyang fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yassin akan dibaca doa. Pada bacaan Yassin pertama diniatkan dengan membaca diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam Nifsu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al-Quran.

No comments: