SWEET MEMO


Sweet Pinky

Saturday, August 29, 2009

Salam Takziah!!Takziah Buat Keluarga Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh


KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara pakar Ekonomi, Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang telah kembali ke rahmatullah.

Dilaporkan beliau meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura dan disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Allahyarham Dr Ismail, 61, telah mencipta sejarah sebagai Senator pertama dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia meninggalkan enam orang anak.

Beliau ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947 pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Sesungguhnya sumbangan beliau kepada Negara tidak ternilai biarpun beliau dalam kategori OKU. Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.



p/s : Al-Fatihah...Moga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg mukminin.. Jasamu sungguh x ternilai,Prof!

No comments: